Home » » Permegian seorang ibu yang membawa kenangan manis

Permegian seorang ibu yang membawa kenangan manis








Moga Tangisan Rindu Ini Allah Kurniakan Pahala Buat Ibuku.
Catatan hati seorang anak.Peluklah ibu sekarang ketika anda melihat video ini, katakan betapa engkau sayang kepadanya, janganlah buat ibu menangis selagi ibu ada hayat... Engkau tidak akan pernah ingin rasa betapa mendalamnya rindu seorang anak yang sudah ketiadaan ibu.Saya menyaksikan anak-anak dihantar ambil ibu bapa setiap hari, saya melihat ibu-ibu menunggu di balik pintu kelas untuk anaknya darjah satu, saya juga saksi kepada ibu-ibu yang memeluk anaknya ketika mendapat kecemerlangan di sekolah. Pada penjuru sudut saya memerhati, "Bertuahnya anak-anak ini, sedang saya daripada kecil hingga kini dewasa, sangat menagih kasih sayang seorang ibu. Membesar tanpa ibu di sisi, tiada belaian ibu, kata semangat ibu, tiada masakan ibu, malah hilang satu hal yang paling saya cemburu... Doa seorang ibu. Dalam pentas apa pun daripada sekolah rendah, menengah, universiti dan kini bergelar guru, saya masih menangis apabila menuruni pentas... Kerana tiada ibu yang memandang saya di atas dan tiada ibu yang memeluk saya ketika turun daripada pentas. Saya hanya memerhati orang lain dapat semua itu bersama ibu meraka..."Curahkan sepenuh kasih kepada ibu, percayalah ramai anak-anak yang sangat rindukan ibu. Al-Fatihah buat Allahyarhamah ibunda saya, Hasnah Bt Sulaiman. Damailah di sana, anakandamu tidak sesaat pernah melupakanmu.Anakmu,Aidil Sahipaludin,Admin Pakar diari hati.
Posted by Pakar diari hati on Wednesday, January 14, 2015

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

The Ultimate Managed Hosting Platform

Visitor visit

Flag Counter

Archive

 
Copyright ©
Created By Sora Templates | Distributed By Gooyaabi Templates